https://maiaitee.wordpress.com/
Geng 3 Abdul. – Wahai Tuhan kami. Engkaulah Penolong kami. Oleh itu, tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum kaum yang kafir. Aamiin..
Allah tak rugi. – Allah tak rugi jika manusia tak ikut perentah dari Allah. Yang akan rugi ialah manusia itu sendiri. Jadilah manusia yang tidak melawan Allah. Supaya selamat didunia. dan diakhirat. In Shaa Allah.
Jangan sedih. – In Shaa Allah
Assalamalaikum
SEJARAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Oleh : Zaki Sapuan 31 Okt 2018
Ahli Sunnah Wal Jamaah (Ahli Sunnah) ialah golongan yang memahami dan berpegang kepada al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad menerusi para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in yang setia bersama mereka dalam prinsip- prinsip akidah, syariah dan akhlak.
Rasulullah bersabda, “Sebaik-baik umatku adalah pada masaku. Kemudian orang-orang yang setelah mereka (generasi berikutnya), lalu orang-orang yang setelah mereka.” (HR AL-BUKHARI)
Salafussoleh dari sudut bahasa bermakna para pendahulu yang soleh. Yang dimaksudkan dengan istilah Salafussoleh adalah para pendahulu kaum muslimin dari kalangan sahabat Nabi, tabi’in (para murid sahabat) dan tabi’ tabi’in (para murid tabi’in). Dengan demikian Salafussoleh adalah tiga generasi terawal dari kaum muslimin.
Ahli Sunnah memakai manhaj Salafussoleh sebenar yang wujud dalam tiga kurun terbaik. Diamalkan sejak zaman Salafussoleh sehinggalah sekarang. Keabsahan sanad ilmu dan thaqafah yang dipegang aqidah ini bersambung daripada seorang ulama’ kepada ulama’ yang lain sampailah kepada Rasulullah. Ianya adalah sebuah manhaj yang diperakui keasliannya. Bukannya sebuah mazhab yang dibuat-buat.
Syekh Dr. Sa’id Ramadhan Al-Buthi menyatakan, “Al-Salafiyyah ialah satu tempoh masa yang diberkati dan bukanlah sebuah mazhab Islam.”
Ahli Sunnah diperakui kebenarannya oleh jumhur ulama’ dan diterima majoriti kaum Muslimin, menjadikannya Sawād al-A’zam yang dijamin Nabi.
Rasulullah bersabda, “Allah tidak menghimpunkan umatku dalam perkara kesesatan selama-lamanya. Hendaklah kamu mengikuti al-Sawad al-A’zam, yang bermaksud sekumpulan majoriti orang yang berhimpun mentaati pemerintah dan menurut jalan yang lurus.”
Sufyan Ats-Tsouri berkata, “Melalui al-Sawad al-A’zam, mereka dinisbahkan sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah.”
Kaedah Ahli Sunnah selari dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah dan para Sahabat. Tidak terlalu ekstrem kepada kekerasan sehingga sentiasa mahu mengkafirkan golongan yang bercanggah pendapat dengan mereka dan mereka juga tidak terlalu ekstrem kepada kelembutan sehingga memberi laluan kepada golongan yang menyeleweng dari al-Quran dan Sunah. Mereka mampu mengawal perbezaan pandangan ijtihad mereka untuk menjaga kesatuan umat.
Sejarah menjelaskan siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jasanya tidak dapat dinafikan. Kita dapat lebih menyedari kepentingan akidah ini apabila memahami kecelaruan dan fitnah yang melanda kaum muslimin sebelum manhaj Salafussoleh disusun menjadi Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Sejarah Abad Pertama Hingga Ketiga Hijrah
Ketika Rasulullah masih hidup, umat Islam tidak mengalami polemik iktikad yang serius kerana sebarang permasalahan dapat terus diajukan kepada baginda dan diselesaikan segera. Kesepaduan ummah terjamin melalui kesepakatan di hadapan Rasulullah. Akan tetapi, keadaan berubah apabila Nabi Muhammad wafat. Kaum munafiq, gerakan murtad dan nabi palsu mula berani menampakkan taring setelah ketiadaan baginda.
Seawal-awal salah faham di kalangan ummah ialah tentang siapakah yang paling layak menjadi khalifah menggantikan Rasulullah. Segelintir pihak mendakwa bahawa Saidina Ali yang paling layak. Setelah bermesyuarah, para sahabat memutuskan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah. Ketegasan Saidina Abu Bakar meredakan beberapa konflik yang melanda.
Di zaman Saidina Uthman, berlaku pembunuhan khalifah ke-3 itu yang didalangi oleh orang munafiq. Peristiwa ini mencetuskan kontroversi apabila ummah menuntut agar pembunuh sebenar dihukum mati. Ketika Saidina Ali menjadi khalifah ke-4, fitnah semakin marak apabila gerakan dari Syam menekan pembelaan Saidina Uthman. Salah faham yang ditiup oleh kaum munafiq akhirnya mencetuskan Perang Siffin & Perang Jamal.
Di zaman ini munculnya firqah Syiah, Khawarij & Murjiah.
• Syiah ialah firqah yang melampau dalam memuja Saidina Ali. Mereka menolak kepemimpinan Saidina Abu Bakar, Umar & Uthman. Pemimpinnya ialah Abdullah bin Saba’.
• Khawarij ialah firqah yang melampau dalam membenci Saidina Ali. Mereka mulanya menyokong Saidina Ali tetapi kemudian menolak kepimpinannya selepas majlis Tahkim dalam Perang Siffin. Golongan ini mula terbentuk pada akhir abad ketujuh Masehi di selatan Iraq. Pemimpinnya ialah Abdullah bin Wahab Ar-Rashidi.
• Murjiah ialah firqah yang beriktikad bahawa perbuatan maksiat tidak memberi mudarat kalau sudah beriman, sepertimana membuat kebaikan tidak bermanfaat kalau kafir. Pemimpinnya ialah Hasan bin Bilal Muzni, Abu Sallat Samman, dan Diror bin ‘Umar.
Selepas ketiadaan Khulafa’ Rasyidin ke-4, Saidina Hasan yang menggantikan ayahnya Saidina Ali, telah menyerahkan takhta khilafah kepada Saidina Muawiyah bagi mencegah perpecahan ummah yang lebih parah. Maka bermulalah Khilafah Umayyah yang membuka wilayah Islam dengan lebih luas.
Apabila negara Islam berkembang luas, berlaku perbincangan antara saudara-saudara baru mengenai agama. Antara topik yang terpenting adalah membicarakan masalah akidah. Hasil daripada beberapa perbincangan, lahir berbagai-bagai fahaman asing. Akibatnya, ada yang terpesong dalam memahami teks al-Quran yang sebenar. Jajahan baru membawa bersama pelbagai fahaman luar yang memasuki negeri Islam. Bangsa arab kini menempuh cabaran baru iaitu serangan pemikiran. Falsafah greek tanpa disaring telah mencetuskan kerancuan pemikiran. Ditambah lagi dengan beberapa sarjana yang telah terpesong akibat membelakangi sanad keilmuan.
Munculnya perpecahan tersebut akibat penafsiran yang berbeda pada apa yang telah disampaikan Rasulullah. Mereka mengambil satu nas dari al-Quran atau Hadits dan meninggalkan nas yang lain, sehingga apa yang mereka faham tidak sama dengan apa yang para Sahabat faham daripada Rasulullah. Oleh kerana ini, sanad talaqqi begitu penting.
Di zaman ini munculnya firqah Muktazilah, Qadariah, Jabbariyah, Najariah dan Musyabbibah Mujassimah.
• Muktazilah ialah firqah yang berfahaman bahawa Tuhan tidak mempunyai sifat, bahawa manusia membuat pekerjaannya sendiri, bahawa Tuhan tidak dapat dilihat dengan mata dalam syurga, bahawa orang yang mengerjakan dosa besar diletakkan di antara syurga dan neraka, dan mikraj Nabi hanya dengan roh sahaja dan lain-lain. Pemimpinnya ialah Wasil bin ‘Ata dan ‘Umar bin ‘Ubaid.
• Qadariah ialah firqah yang beriktikad bahawa segala perbuatan manusia itu samada baik atau buruk adalah lahir dari usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri, tiada hubung kait dengan kuasa Allah. Pemimpinnya ialah Ma’bad ibn Khalid al Juhani dan Ghailan al-Dimasyqi.
• Jabariyah ialah firqah yang beriktikad bahawa manusia itu dipaksa dan digagahi sepenuhnya oleh Allah, manusia itu langsung tidak berkemampuan melainkan Allah dan manusia seperti kapas dan debu yang ditiup angin. Segala buruk dan baik itu Allah yang melakukannya ke atas manusia. Pemimpinnya ialah Jaham ibn Safuan dari Khurasan.
• Najariah ialah firqah yang beriktikad kuasa perbuatan yang dinamakan makhluk boleh memberi bekas, menafikan rukyah Allah dengan nyata di hari akhirat, menganggap al-Quran itu baharu dan mendakwa iman cukup dengan pengakuan sahaja. Pemimpinnya ialah Abil Khusein bin Muhammad al Najar.
• Musyabbibah Mujassimah ialah firqah yang beriktikad Tuhan juga bersifat seperti manusia, ada tangan, mata, kaki, duduk di atas kerusi dan sering turun naik di antara langit dan bumi secara fizikal. Mengatakan bahwa Tuhan itu bertempat dan menyerupai sifat-sifat makhluk-Nya. Pemimpinnya ialah Abu Abdillah al-Hasan bin Hamid bin Ali al-Baghdadi al-Warraq, Muhammad bin al Husain bin Muhammad bin Khalaf bin Ahmad al-Baghdadi al-Hanbali dan Abu al-Hasan Ali bin Abdullah bin Nashr az-Zaghuni al-Hanbali.
Di zaman Khalifah al-Ma’mun, al-Mu`tasim dan al-Wathiq, kerajaan memayungi firqah Muktazilah. Mereka memaksa rakyat mengakui al-Quran sebagai makhluk dan memenjarakan sesiapa yang ingkar.
Kemunculan
Bagi mengelakkan ummah terus terjerumus ke lembah kesesatan, maka lahirlah ulama’ yang mengumpulkan manhaj asli Salafussoleh dan bertegas melawan penyelewengan aqidah dan pemikiran.
Imam Abu Hasan ‘Ali Al-Asy’ari lahir di Basrah tahun 260 Hijrah dan wafat dalam tahun 324 Hijrah. Imam Abu Mansur Muhammad al-Maturidi pula lahir di Basrah sekitar tahun 238 Hijrah dan wafat tahun 333 Hijrah. Kedua-dua imam Ahli Sunnah ini termasuk dalam kalangan Salafussoleh.
Imam Al-Asya’ari pernah berpegang pada fahaman Muktazilah dan berguru kepada ayah tirinya Abu Ali al-Jubbai. Selepas berusia 40 tahun, beliau berfikiran matang dan tekun mengkaji secara mendalam. Pada suatu hari, beliau berdebat dengan ayah tirinya dalam mengenai kehidupan selepas mati. Selepas berdebat dengan ayah tiri beliau, Abu Hasan al-Asy’ari bangun berucap di Masjid Basrah lalu mengisytiharkan dirinya keluar daripada fahaman Muktazilah dan berpegang pada Ahli Sunnah wal Jamaah.
Abu Hasan al-Asy’ari memperkemaskan aliran Ahli Sunnah dengan mengemukakan hujah-hujah logik akal serta teks-teks al-Quran dan hadis yang ada. Hujah-hujah yang dikumpulkan cukup kuat bagi mematahkan hujah Muktazilah yang pesat berkembang pada masa itu. Beliau berjaya mengumpulkan ramai murid dan pengikut.
Syekh Dr. Sa’id Ramadhan Al-Buthi berkata, “Sesungguhnya Imam Asya’ari tidak memulakan pendapat bida’ah, tidak mencipta mazhab, dan sebenarnya yang dilakukan ialah menyusun mazhab Salafussoleh, berjuang untuk kebenaran yang diwariskan oleh Rasulullah dan sahabatnya, ia diiktiraf oleh semua imam-imam tafsir, hadis dan feqh pada zamannya.”
Pengaruh
Al-Mutawakkil ialah khalifah yang memainkan peranan penting dalam kejayaan golongan Ahli Sunnah mendominasi dunia Islam. Semasa awal pertabalan al-Mutawakkil menjadi khalifah, aliran Muktazilah memegang kekuasaan dalam hampir kesemua bidang sama ada pemerintahan dan pentadbiran negara, institusi- institusi pendidikan, pusat-pusat perubatan, perdagangan. Aliran ini juga turut mendominasi akidah golongan berpendidikan tinggi, intelek-intelek dan kelas-kelas masyarakat yang mempunyai pengaruh.
Aliran Ahli Sunnah menguasai masyarakat bawahan dan kebanyakannya terdiri daripada kadi, pendakwah, ulama fiqh dan orang-orang yang mengikuti mereka. Al- Mutawakkil bersekutu dengan Ahli Sunnah kerana mendapati faedah dan keuntungan daripada tindakannya itu. Perintah telah dikeluarkannya untuk menyingkirkan Muktazilah dari kerajaan.
Pembaharuan yang dibawa oleh Abu Hasan al-Asy’ari adalah dengan mengemukakan hujah logik dengan disertakan hujah teks al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Hujah-hujah ini membawa kekuatan kepada Ahli Sunnah wal Jamaah bagi menghadapi hujah golongan Muktazilah yang pesat berkembang dan mendapat sokongan daripada pemerintah-pemerintah kerajaan Abbasiah. Akhirnya, golongan Muktazilah bukan sahaja dibendung dengan hujah, tetapi kerajaan yang ditubuh kemudiannya memberi sumbangan politik yang besar bagi mempertahankan dan mengembangkan fahaman Asya’irah.
Aliran Asya’irah ini berkembang dengan pesatnya di Iraq. Semakin berkembang lagi pada masa keemasan Madrasah An-Nizhamiyah di Baghdad dan didukung oleh Al-Mahdi bin Tumirat. Kemudian, ia berkembang di Mesir pada zaman Salahuddin al- Ayubi, di Syiria dengan sokongan Sultan Nuruddin Zanki, di Maghribi dengan sokongan Abdullah bin Muhammad, di Turki dengan sokongan Khilafah Uthmaniah dan di daerah-daerah yang lain. Sultan Muhammad al-Fateh juga beraqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ia menyebar luas pada zaman Wazir Nizhamul Muluk di zaman Bani Saljuk. Aqidah ini juga didokong oleh ulama’-ulama’ di kalangan mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.
Al-Firqoh An-Najiyah
Rasulullah bersabda, “Yahudi telah berpecah-belah menjadi 71 golongan, maka satu di Syurga dan tujuh puluh di Neraka, dan Nashara telah berpecah belah menjadi 72 golongan, maka satu di Syurga dan tujuh puluh satu di Neraka, dan demi yang jiwaku di tangan-Nya sungguh ummatku akan berpecah belah menjadi 73 golongan, maka satu di Surga dan tujuh puluh dua di Neraka, dikatakan “Wahai Rasulullah siapa mereka itu?”, beliau berkata: “Mereka adalah al-Jama’ah.” (HR AHMAD)
Rasulullah bersabda, “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah.” (HR IMAM MALIK)
Rasulullah bersabda, “Senantiasa terdapat kelompok dari ummatku yang mengibarkan (menampakkan) kebenaran, tidak merugikan mereka orang-orang yang menghinakannya sampai datang keputusan Allah, sedangkan mereka tetap dalam keadaan demikian.” (HR MUSLIM DARI TSAUBAN)
Firqah al-Nâjiyah merupakan nama lain dari Ahli Sunnah Wal Jama’ah, Jamâ’ah al-Muslimin, Thaifah Manshûrah, al-Ghuraba’, dan Ahl al-Hadîts atau Ahl al-Atsar. Semuanya merupakan kesatuan makna dan tidak terpisah-pisah. Adapun nama-nama yang disebutkan itu menunjukkan karakteristiknya yang beragam.
Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah satu istilah yang jelas untuk menunjukkan ke atas seseorang yang bermanhajkan Al-Salaf As-Soleh dengan berpegangkan Al-Qur’an dan Sunnah dan peninggalan-peninggalan yang diriwayatkan daripada Rasulullah serta daripada para sahabat, bagi membezakan daripada mazhab-mazhab Bid’aah dan pengikut hawa nafsu semata.
Dan sekiranya disebutkan istilah ini (Ahli Sunnah Wal Jama’ah) di dalam kitab-kitab Ulama’, maka yang dimaksudkan dengannya ialah Al-Asyã’irah, dan Al-Mãthuridi dan Ashabul Hadis. Ini kerana, merekalah yang lebih mendalami hal keadaan Rasulullah dan mereka tidak menggantikan apa-apa atau mengubahnya sepertimana perbuatan dari selain mereka yang cenderung kepada kesesatan dan berlebih-lebihan.
Rasulullah telahpun menyifatkan Al-Firqoh An-Najiyah sebagai satu golongan yang terbesar (majoriti) daripada kalangan ummah. Dan penyifatan ini bersesuaian ke atas Asya’irah dan Mathuridi serta Ashabul Hadis. Maka sesungguhnya mereka adalah sebanyak-banyak ummat Islam.
Imam Jalal Al-Dawani berkata, “Al-Firqoh An-Najiyah adalah Asya’irah, iaitu mereka mengikuti pada dasar-dasar yang dibawa oleh Syeikh Abu Hasan Asya’ari.
Jikalau aku berkata: Bagaimana dihukumkan bahawasanya Firqoh An-Najiyah ini adalah Asya’irah? Dan tiap-tiap firqoh mendakwa bahawa ia adalah Najiyah?
Aku katakan, bersesuaian dengan hadis,yang mengatakan bahawa sesungguhnya mereka itu – yakni Firqoh An-Najiyah – mereka beriktikad dengan apa yang diriwayatkan daripada Nabi dan para sahabat Baginda.
Dan iktikad itu adalah suatu perkara yang batin,ia tidak dapat diketahui kaifiat caranya melainkan dengan pemberitahuan daripada tuan empunya diri.
Dan Nabi telah mengkhabarkan mengenai iktikad baginda melalui hadis-hadis qouliah dan kemudiannya diambil oleh para sahabat baginda, dan mereka mengkhabarkan pula kepada sekalian ummah dan seterusnya, Asya’irah mengambil hadis-hadis soheh tersebut. Dan mereka beriktikad dengan maksud pengertian yang sebenar tanpa mengubahnya dari makna murod yang dikehendaki oleh Nabi. Oleh demikian itulah mereka dikatakan sebagai Asya’irah.
Maka sesungguhnya mereka berpegang dalam akidah mereka dengan hadis-hadis Soheh yang diambil daripada Rasulullah dan daripada para sahabat baginda. Dan mereka tidak membolehkan memandang sekadar sisi luar hadis melainkan pada hal keadaan dhoruri. Dan mereka tidaklah mengikuti akal semata sedang meninggalkan dalil nas sebagaimana Muktazilah.”
Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Imam ‘Abdul Qohir Al-Baghdadi:
“Sesungguhnya Nabi ketika menyebutkan bahawa ummatnya akan terpecah kepada tujuh puluh tiga firqoh dan turut mengkhabarkan bahawa salah satu firqoh daripadanya adalah Najiyah. Ditanya pula mengenai Firqoh An-Najiyah dan berkaitan sifatnya, maka ia diisyaratkan kepada mereka, yang mana mengikuti landasan Rasulullah dan para sahabat. Dan tidaklah kita dapati pada hari ini daripada pecahan ummah yang bersepakatan dengan para sahabat selain daripada Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang mana terdiri daripada fuqoha’ ummah dan mutakallimi as-sifatiah.”
Kemudian dia membuat penjelasan bahawasanya tidak akan selamat baki daripada firqoh-firqoh yang lainnya dan menggariskan penyelewengan mereka daripada manhaj Rasulullah dan para sahabat.
Dan daripada penjelasan ini, bahawa orang-orang yang mengikuti para sahabat adalah sesiapa yang beramal dengan apa yang telah dibenarkan oleh riwayat-riwayat yang soheh pada hukum-hukum dan rahsia-rahsia mereka. Dan begitulah sunnah Ahli Sunnah tanpa wujud kelompok yang bid’aah. Dan membenarkan kesohehan pada apa yang telah kita sebutkan iaitu sudah pasti selamatnya mereka yang mengikuti jalan Nabi begitu jua orang-orang yang mengikuti para sahabat. Dan segala puji bagi Allah atas demikian itu.
Al-Baghdadi menjelaskan pembahagian Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada lapan bahagian iaitu:
1. Mereka yang terdiri daripada ahli ilmu tauhid dan ilmu kalam termasuklah yang dikatakan sebagai sifatiyyah yang bebas dari segala unsur tasybih, ta’til dan bid’ah golongan Rafidhah, Khawarij, Jahmiah, Najjariah dan sebagainya.
2. Mereka yang terdiri daripada imam fiqh sama ada yang cenderung kepada aliran ahl al-ra’y mahupun aliran ahl al-hadis. Mereka ini berkeyakinan kepada perkara usuluddin dengan aliran sifatiyah yang membicarakan sifat-sifatNya yang azali tanpa tasybih dan ta’til yang bebas daripada unsur Qadariyah dan Muktazilah. Mereka ini termasuklah Imam Malik, Imam al-Syafi’ie, al-Auza’ie, al-Thauri, Abu Hanifah, Ibn Abi Laila, pengikut al-Thaur, pengikut Ahmad bin Hanbal, ahli al-Zahir. Dan mereka ini tidak mencampurkannya dengan apa-apa daripada ahli bid’ah dan hawa nafsu.
3. Mereka yang menguasai bidang ilmu periwayatan hadis dan sunnah Nabi Mereka boleh membezakan yang sahih dan batil, mengetahui sebab al-jarh wa ta’dil (kredibiliti perawi), dan mereka tidak memasukkan apa-apa pun ke dalam ilmu mereka daripada perkara bid’ah yang menyesatkan.
4. Mereka yang menguasai ilmu berkenaan bahasa Arab dan sasteranya, antaranya ilmu Nahu dan sarf. Mereka adalah pakar bahasa antaranya ialah al-Khalil, Abu ‘Amr bin al-‘Ala, Sibawaih, al-Farra’, Akhfash, al-Asma’I, al-Mazini, Abu Ubaid dan seluruh imam nahu sama ada ulama Basrah atau Kufah yang tidak mencampurkan sesuatu ke dalam ilmu mereka sesuatu daripada bid’ah Qadariah, Rafidhah atau Khawarij. Maka sekiranya mereka cenderung ke arah nafsu dan kesesatan maka ia bukanlah termasuk golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah, walaupun kata-katanya adalah hujah dalam ilmu bahasa.
5. Mereka yang menguasai ilmu berkenaan qiraat untuk al-Quran dan tafsir al-Quran, penakwilannya adalah berasaskan mazhab-mazhab ahli sunnah tanpa berpegang dengan penakwilan ahli nafsu yang sesat.
6. Mereka adalah para zuhud sufi yang memerhatikan maka ia mendapat ilmu, yang diuji maka diambil iktidar daripadanya, redha dengan keteapan ke atasnya, mengetahui bahawa segala penglihatan, pendengaran dan hati akan dipertanggungjawabkan dan dihisab dengan neraca kelak. Mereka menafikan tasybih, mazhab mereka adalah tafwidh (penyerahan terhadap Allah) kepada Allah, bertawakkal kepadaNya, penyerahan kepadaNya, tenang dengan apa yang direzekikanNya.
7. Mereka yang berada di barisan hadapan dalam jihad melawan musuh-musuh Islam, menjaga kesucian Islam, sanggup meninggalkan rumah dan isteri merka dan jelas pada mereka mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.
8. Mereka yang zahir kebanyakan syiar Ahli Sunnah Wal Jamaah di dalamnya, bukannya syiar ahli hawa nafsu yang sesat.
Pengiktirafan
– Syeikh Abdul Qadir Jailani berkata, “Terdapat 73 golongan seperti yang diberitakan oleh Sayyidina Rasulullah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah golongan yang benar.”
– Imam Abu Hamid al-Ghazali berkata, “Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah golongan yang berjaya dan golongan ini menimbang dan memuktamadkan pemikiran mereka berdasarkan al-Quran.”
– Syeikh Ahmad Tayeb berkata, “Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah Asya’ari dan Maturidi dalam iktikad, dan mengikuti mazhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafi’e dan Hanbali) dalam fiqh, dan mengikuti tasawuf yang sejati secara ilmu, akhlak dan tazkiyatun nafs (penyucian jiwa) menerusi tarekat pimpinan Imam Junaid Baghdadi dan sesiapa yang berjalan di atas kaedahnya daripada imam yang mendapat petunjuk.”
– Muhammad Hasyim Asy’ari berkata, “Adapu
The final destination. – It’s jannah. In Shaa Allah.
Orang yang kuat. – Orang yang boleh menahan marah bila dia marah. In Shaa Allah.
Join WhatsApp group
Buta.
“Jangan engkau biarkan seorang pun menyembahmu, kerana orang yg menyembah dan orang yg disembah itu kedua-duanya ke neraka!”
“Perkataanmu dalam dosa, perbuatanmu dalam dosa,
Pegangan hatimu dalam dosa, pakaianmu dalam dosa, pekerjaanmu dalam dosa, pengaulanmu dalam dosa, maka segeralah bertaubat sebelum mati tiba! Semoga Allah memberi petunjukNya kepada aku dan kamu kepada jalan yg benar”
“Guru yg membiarkan pengikut mencium kakinya adalah pendusta dalam agama, guru adalah penunjuk jalan kepada Allah bukan untuk disembah!”
“Ada yg tersirat disebalik yg tersurat, semoga dirahmati Allah”
“Allah menjauhkan dirimu daripada makhlukNya supaya engkau dapat mendekatkan kepadaNya, dan supaya pecah hatimu kepadaNya, dan redha kepada takdirNya dan memohon pertolonganNya”
“Keinginanmu untuk diketahui oleh manusia tentang hal-ehwalmu dengan Allah itu alamat belum benar hubunganmu dengan Allah”
“Jikalau engkau inginkan husnul-khatimah, maka janganlah engkau putuskan hubunganmu dengan Allah dalam situasi apapun sekali”
“Selain Allah bukan Tuhan, jangan engkau sekutukan Allah dengan sesuatu apapun”
“Haji mabrur ialah haji yg mengubah kehidupan seseorang kepada mentaati Allah zahir dan batin”
“Jadilah pendakwah atau pejuang yg menyeru manusia kepada Allah dan Rasul, bukan menyeru manusia kepada diri mereka!”
“Selemah-lemah ‘jihad’ mu adalah benci dalam hati kepada kekufuran dan kemunafikan!”
“Teruskan hati berzikir, hati bersama Allah dan Rasul, jaga solat lima waktu, bersabar dalam segala ujian Allah, redha atas lakuan Allah, bersyukur dengan apa yg diberi Allah, dan mohon keampunan dan keredhaan Allah, cukuplah Allah bagimu”
“Kebanyakan orang hanyalah bersibuk-sibuk dan berlazat-lazat dengan nikmat, tetapi jarang orang yg bersibuk-sibuk dan berlazat-lazat dengan Tuhan Pemberi nikmat”
“Bersiap-siaplah untuk kematian kerana mati itu adalah perjanjian Tuhan dengan hambaNya. Mati zahir ialah berpisah jasad daripada roh, dan mati batin ialah berpisah roh daripada segala sesuatu selain Allah”
“Redha kepada takdir Allah itu adalah iman yg sempurna, Allah Maha Pengampun, Dia mengampuni segala dosa, Dia Maha Mutlak, jangan engkau berputus -asa daripada rahmatNya, dan tidak perlu memohon mati kerana mati telah ditakdirkan Allah”
“Jikalau Allah masukkan engkau ke neraka, maka redha dan bersyukurlah, tetap engkau atas berbaik-sangka kepada Allah Yg Maha Baik, Dia berbuat apa yg dikehendakiNya”
“Jangan engkau mendahului Tuhan dalam tadbir dan takdirNya”
“Bersalaman dengan perempuan yg ajnabi walaupun dengan berlapik kain adalah suatu tipudaya nafsu yg halus, bukan daripada sunnah Nabi bah satu bida’ah yg menyesatkan!”
“Menerima dengan redha takdir Allah adalah kerehatan dan kesenangan bagi seorang hamba Allah”
“Orang salik dalam tangisan, dan orang wasil dalam kesukaan dengan Tuhan”
“Nok zahir diri, masih ada keinginan dirimu, tidak boleh jadi guru, kena salik lagi!”
“Tempat duduk kemuliaanmu hanya Disisi Allah, bukan disisi sesuatu”
“Orang yg salik ialah orang yg mengambil dalil alam ini kepada Allah, tetapi ia masih terhijab dengan alam ini daripada memandang Allah”
“Orang yg wasil ialah orang yg telah sampai kepada mengenal Allah dengan Allah dan tidak berhajat lagi kepada dalil alam, maka ia tidak terhijab lagi dengan alam ini/sesuatu daripada memandang Allah”
“Hidup ini adalah sebuah lakonan, maka lakonkanlah mengikut apa yg Dia kehendaki atasmu, Dia berbuat apa yg dikehendakiNya”
“Ya Allah! Engkaulah yg mengujiku, kepadaMu jua aku minta tolong dan berlindung….”
Jangan engkau syak perbuatanKU keatas kamu!
“Para Wali-WaliKU berada didalam kubah rahsiaKU, tiada siapa yg mengenali mereka melainkan AKU dan hamba-hamba yg AKU kehendaki untuk mengenali mereka itu!”
“Ikhlas adalah salah satu dari rahsiaKU, yg AKU berikan kedalam hati orang-orang yg AKU cintai dari kalangan hamba-hambaKU”
“Manusia adalah rahsiaKU, dan AKU adalah rahsia manusia”
_BUTA SELAIN ALLAH








